ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata siibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Masa berlalu anak laki-laki kecil itu kini telahpun menjadi seorang lelaki dewasa, tapi keinginan tahunya mengapa wanita menangis masih menghantui dirinya.
Akhirnya ia memohon kepada Tuhan, dan bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan ""Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima tentangan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan keletihan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyikat rambutnya.""
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya ?tempat dimana cinta itu ada."
Monday, April 23, 2007
Monday, April 9, 2007
Netball April 6, 2007
best!! sangat best!! walaupun kalah tapi tetap enjoy.. walaupun kelakar tapi tetap kuar peluh banyak gak.. hahaha
kak T (marketing manager) tiba2 call (khamis - April 5, 2007) kasitau esok jumaat ada lawan netball ngan MPM.. hah?!?! bior betull?!?! adoiii laa.. aku mana penah main netball. yer laa.. dulu masa sekolah kaki bangku.. skang dah keje, kene main plak.. padan muka aku. sapa suh tak aktif masa sekolah.. padang mukerrrr... hahahahaa
masa kak T kasitau nak main tu, aku pun tatau camna nak cakap. cuak ada, takot ada, teruja ada n macam2 laa perasaan. petang tu pukul 4 masa aku aku kat luar ngan sister in law, kak T call tanya aku nak position mana.. hah??? position mana??? hahahahahaha.... aku cakap aku nak GK. GK je yang aku ingat pun n GK dok kat mana pun aku tatau.. tapi itu tak jadi masalah bagi aku sebab aku boleh tanya kat elin nanti.. elin mesti tolong aku punyer.. yer laaa takkan dia nak tengok kang aku tersalah kasi bola kat lawan plak.. akekekeke
balik opis dah pukul 4.30pm.. tengok2 dalam bilik meeting, dorang tengah meeting pasal netball esok. aku pun join laa.. bayangkan laaa... takda berlatih apa pun. tau2 esok ada lawan netball.. korang tau tak berlatih kat mana??? berlatih dalam bilik meeting atas white board.. hahahahahahaha.. aku ambik kesempatan masa tu tanya kat mana position GK (aku ler tu).. setelah diterangkan aku GK sebagai penghalang GS pihak lawan dan kawasan mana aku boleh pegi dan kawasan larangan, maka aku pun paham laaa.. lega laaa hati aku masa tu. ptg tu jugak decide nak beli baju untuk esok dan bola dan tudung warna apa perlu pakai and so on. duit kelab sebanyak RM200 diperuntukkan untuk esok.
malam tu aku kuar sama elin naik keter citra kak ala.. pergi laa cari baju di billion. dah ada berkenan tapi takda stok. ada plak berkenan tapi takleh nak beli sebab ada yang nak tangan panjang sama.. so, warna untuk baju lengan pendek n lengan panjang tak sama. so, kami beli bola dulu ler. kami decide esok je time lunch hour kuar carik. lepas window shopping, kitorang gi plak astaka. meriahnyer astaka ada orang jual2. dengarnyer kat situ orang panggil down town (betul ke spelling camnih??) skang nih. ntah laa aku pun tatau. tapi memang meriah ler... balik pukul 11 lebih sebab aku sakit perut. baper kali gi toilet..
esoknyer gi keje macam biasa. pagi tu pukul 10 ada briefing mengenai ASB from badril n ita maybank. memang nak masuk.. tapi duit tak cukup lagi. tunggu dulu laaa... habis briefing pun dah pukul 12. aku kuar ngan elin gi makan pukul 12.30 n terus ke ceria cari baju. dapat plak baju kat sana (semua lengan pendek sebab dorang pun tak kisah lengan panjang atau pendek). cukup2 10 helai yang aku nak. murah plak RM10 brand cheetah warna kuning. ok ler tu.. tudung hitam pun ct (finance manager) dah pinjamkan untuk aku. kasut plak dila (staff R&D) plak pinjamkan untuk aku.. akeke.. semenyer pinjam.
so, pukul 4.45pm kitorang dah siap tukar baju. pastu pukul 5 gerak gi ke stadium MPM.. dalam dewan tu kitorang berlatih dulu sementara pihak MPM belum sampai lagi. peRghh!! baru je berlatih, belum main betul2 lagi dah peluh banyak nih.. bestnyer.. terbakar habis lemak2... pukul 5.15 - 5.20 kot baru laa pihak MPM sampai dan salam perkenalan diadakan.. then bermula laa episod baru dalam hidup aku (main netball beb!!!)..
huh!!! tere2 nyer dorang nih.. mana taknyer hari2 berlatih n wakil MPM plak tu. pastu esoknyer dorang pun memang ada lawan kat kajang plak tu.. memang terror...
walaupun kalah 3-19, aku tetap respect kat VSS sebab sanggup turun padang.. bayangkan ler aku yang tak penah main netball, kawan2 lain yang dah lama tinggalkan permainan nih tapi boleh lagi bermain dan tangkap bola dengan baik.. walaupun banyak kali bola jatuh.. hahahaa.. tapi enjoy beb!! best sangat2!!
aku memang enjoy walaupun kalah. dan aku harap, lepas nih VSS akan buat lebih banyak xtvt untuk staff. bukan per.. sesekali dapat kuar peluh camnih best jugak. selain tu dapat gak mengeratkan silaturrahim antara staff dan pihak lawan. akekekeke
Subscribe to:
Posts (Atom)